PENJABARAN LATIFAH MENURUT TASAWUF/THOREKAT

Penjabaran latifah menurut ahli tasawuf /thorekat.

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,,

Saudara-saudariku yang dirahmati Allah, selamat  bersua kembali di Blog Kampoeng Celoteh Kita, pada kali ini kita akan  membahas hal ikhwal PENJABARAN LATIFAH MENURUT AHLI TASAWUF/THOREKAT. baik..silahkan simak penjabaran berikut ini :
Bismillahirrohmannirohim….

  • LATIFAH AKHFA : Ia adalah Latifah atau unsur nurani yang paling dalam. Kesedaran kebatinan pada tahap Latifah Akhfa menghilangkan sifat-sifat yang menghijabnya iaitu sifat Rabbaniah (ketuhanan) yang tidak layak dipakai oleh makhluk. Sifat tersebut melahirkan rasa sombong, ujub dan ria. Apabila tenaga ibadat dan zikir berjaya membebaskan Latifah Akhfa daripada sifat rabbaniah akan muncullah sifat kebaikan seperti ikhlas dan tawaduk yang sebenarnya. Kesedaran dalam daerah ini membuat seseorang gemar bertafakur. Dalam kesedaran Latifah ini juga hati mengalami rasa kasih, keasyikan dan kerinduan yang bersangatan terhadap Rasulullah Saw. Ucapan sholawat merupakan ucapan yang sangat merdu dan mengasyikkan. Keasyikan terhadap Rasulullah saw dalam daerah Latifah Akhfa ini juga membuat seseorang mengalami suasana ‘pertemuan’ dengan rohani Rasulullah SAW sama ada dalam mimpi atau pun dalam jaga. Pada tahap ini juga muncul Cinta Allah yang lebih halus dan lebih seni yang membawa hati bermuraqabah atau berhadap kepada Allah SWT semata-mata, tidak kepada selain-Nya.
  • LATIFAH  KALBU : Nur Ilahi menjadi sumber kepada semua kewujudan dan penghidupan. Apabila berhubung dengan alam unsur kesan atau bakat nur Ilahi itu dinamakan Latifah Rabbaniah. Latifah Rabbaniah yang berkait dengan hati nurani dinamakan Latifah Kalbu. Ia merupakan induk kepada semua Latifah. Ia adalah umpama badan bagi semua unsur nurani atau rohani. Ia menjadi raja yang memerintah sekalian anggota tubuh manusia. Ia juga menjadi tilikan Allah SWT. Jika baik ia maka baiklah sekalian anggotanya. Ia dibungkus oleh alam perasaan yang berbolak-balik. Kesungguhan beribadat dan berzikir membebaskan Latifah Kalbu daripada hijab alam perasaan. Bila ia bebas daripada tutupan alam perasaan maka ia akan menghadap kepada alam ghaib dan menerima ilham yang bebas daripada bisikan syaitan. Hati yang bebas daripada bisikan syaitan dapat menghadap kepada Allah SWT dengan tenang.
  • LATIFAH KHAFI : Unsur nurani yang lebih mendalam daripada Latifah Sir. Latifah ini dihijabkan oleh sifat syaitaniah yang menerbitkan perasaan dengki, khianat dan busuk hati. Apabila tenaga ibadat dan zikir yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh berjaya menghancurkan sifat syaitaniah, akan muncullah sifat Latifah yang asli iaitu sabar, syukur, reda dan tawakal yang sebenarnya. Kesadaran pada tahap Latifah Khafi membuat seseorang memperolehi kekuatan rohani untuk menghampiri Allah SWT dan pada tahap Latifah ini juga selalu muncul perkara yang luar biasa seperti kebolehan mengobati penyakit dan mempunyai firasat yang tajam, walaupun bidang tersebut tidak pernah dipelajarinya. Kebolehan yang demikian adalah karunia  Allah SWT semata-mata.
  • LATIFAH KULLU JASAD : Latifah Rabbaniah yang menguasai sekalian jasad. Latifah ini dihijab oleh sifat lalai dan jahil. Setelah tenaga zikir berjaya memecahkan hijab tersebut akan lahirlah sifat beramal dan bermakrifat. Apabila Latifah Kullu Jasad sudah terlepas daripada hijab kelalaian dan kejahilan, maka sekalian anggota akan tunduk dan ikut serta dalam kegiatan ibadat. Kejeliraan ibadat dan zikir akan turut dirasakan oleh sekalian anggota tubuh badan.
  • LATIFAH NAFSU NATIQAH : Latifah Rabbaniah yang menguasai otak manusia. Otak manusia berfungsi ataupun manusia mempunyai akal kerana Latifah Nafsu Natiqah ini. Kadang-kadang manusia dipanggil hewan yang pandai berfikir. Keadaan tersebut ditujukan kepada Nafsu Natiqah yang dimiliki oleh diri manusia itu. Nafsu Natiqah dihijab oleh sifat-sifat ammarah. Apabila berada dalam keadaan terhijab itulah akal manusia tidak dapat digunakan untuk menyaksikan sesuatu tentang Tuhan. Nafsu Natiqah dibaluti oleh gambaran keduniaan dan angan-angan yang menyenangkan hawa nafsu. Jika ibadat dan zikir berjaya menghancurkan hijab tersebut akan lahirkan sifat jiwa yang tenang dan akal dapat merenung sesuatu tentang Tuhan.
  • LATIFAH  RABBANIAH : Perkara-perkara ghaib lagi latif yang termasuk di dalam perkara urusan Tuhan yang hakikatnya tidak diketahui oleh manusia.
  • LATIFAH ROH : Salah satu bakat atau keupayaan nurani yang ada pada Latifah Kalbu ialah Latifah Roh. Ia dibahasakan sebagai roh hewani  atau nyawa yang menghidupkan jasad. Apabila Latifah Roh berhenti berfungsi maka jasad akan mengalami kematian. Latifah Roh dibungkus oleh sifat- sifat keji yang menyeret  manusia untuk memenuhi tuntutan syahwat tanpa menghiraukan akibat dan dosa. Suasana Latifah Roh yang tertutup itulah menyebabkan manusia mudah terdorong kepada maksiat. Tenaga ibadah dan dzikir akan memecahkan tutupan tersebut dan membebaskan Latifah Roh melahirkan bakat dan keupayaannya yang kuat beribadah, bertawakal dan ridho dengan takdir Allah SWT. Kesadaran pada tahap Latifah Roh ini membuat seseorang melakukan ibadah dan berdzikir dengan sebanyak-sebanyaknya tanpa berasa penat dan jemu.
  • LATIFAH SIR : Unsur nurani yang lebih seni daripada Latifah Roh adalah Latifah Sir. Ia dibahasakan sebagai Roh Insan. Peranan Latifah Sir inilah yang memastikan bahwa insan menjadi insan, tidak menjadi makhluk lain dan juga makhluk lain tidak menjadi insan. Latifah Sir atau Roh Insani ini dihijab oleh sifat buruk yang mendorong manusia bermusuhan sesama sendiri, melakukan kezaliman, berdendam dan saling membenci. Apabila sifat-sifat ini dihancurkan dengan tenaga ibadat dan zikir akan muncullah sifat Latifah Sir yang asli yaitu mencintai Allah SWT  dengan teramat sangat. Kesadaran kebatinan pada tahap Latifah Sir inilah yang sering membuat hati menjadi seutuhnya terhadap Allah SWT  hingga ke tahap tidak rasional (ketidak seimbangan)

Wassalam,,

” Srikandi Sedjati “

 

.

Advertisements